01 July 2014

tugasku berterbangan

Setiap hari hatiku berdebar-debar memikul tanggungjawabku..kenapa...lembut sangatkah..kasar sangatkah...apa caranya agar aku mampu menjalankan tanggungjawabku terhadap mereka..

08 January 2014

Rasa yang Ada untukmu

  
Tak menduga perkenalan itu
Tak tersangka perpisahan berlaku
Bila kembali bersama
Cinta dan sayang terukir indah
Siang dan malam
Tidak kusangka ianya hanya pelangi indah
Membuatku dan dirimu lebih derita
Tiada daya untuk menolaknya
Kerna satu perkataan
Kita redha dan pasrah
Kerna mungkin itu takdir kita
Perpisahan yang menyayat hati
Rindu kasih sayang cinta hanya ada pada hati yang sepi

06 October 2013

Antara HAtinYa dan Hatiku

Sayang... Dimusim kemesraan melingkari hati kita, daku terpaku dengan lirikan senyuman menghiasi wajahmu, detik itu telah ku sematkan didalam hati, hanya namamu menjadi lagu terindah membuai jiwaku. kubisikkan di setiap jiwaku, ku ukirkan namamu di ruang masaku, lirikan manja mu..membuatkan aku merinduimu, tawa dan mesramu menjadi igauanku setiap waktu. ketahuilah sayang, tiada yang paling membahagiakan, bila dirimu membuatku tersenyum, bila manjamu membuatku terkesima, indahnya wajahmu tak pernah lekang diruang mataku. kubingkisan hati ini ku hadiah kepadamu, biarpun tak semahal intan berlian, namun keikhlasan hatiku tak ternilai dek luasnya lautan, daku menyayangimu segenap ragaku, daku menyintaimu sepenuh hatiku, jangan diragui kesetiaanku, tak terdetik hati ini ada yang lain, kerana namamu terukir indah selamanya dihatiku.

05 October 2013

Cara mengenali calon pasangan hidup

Dalam Islam tidak dikenali istillah percintaan.

Namun Islam menyediakan sebuah proses perkenalan menuju pernikahan iaitu mengenali calon pasangan hidup, melalui proses yang sering disebut taaruf.

Taaruf biasanya didahulukan dengan nadhar, iaitu melihat calon suami atau isteri yang akan dikenalkan.

Bila dalam proses melihat nadhar ini jika ada ketertarikan maka akan dilanjutkan dengan perkenalan atau taaruf, iaitu berbincang-bincang menyamakan persepsi dan menambahkan latar belakang tentang calon pasangan.

Persoalannya, bolehkan cinta muncul dalam taaruf yang begitu singkat ini?

Hanya memandang sudah mampu membuatkan seseorang jatuh cinta? Apa yang harus diungkapkan kepada calon pasangan ketika taaruf? Untuk mengenali calon pasangan hidup dengan lebih mendalam

1. Mengenali Calon Pasangan: Keadaan Keluarga
“Pilihlah calon suami / isteri yang baik demi keturunanmu, sebab pengaruh keturunan itu sangat kuat” (HR Abu Daud)

Jelaskanlah kepada calon pasangan tentang anggota keluarga masing-masing. Misalnya tentang berapa jumlah saudara kandung kita, anak ke berapa, bagaimana tahap pendidikan, pekerjaan dan lain-lain.

Perkara ini untuk melengkapkan informasi mengenai calon pasangan kita. Dari informasi ini kita boleh mengetahui siapakan calon – calon pasangan kita ini. Bagaimanakah latarbelakang keluarganya dan perkara – perkara lain yang penting untuk kta tahu,

2. Mengenali Calon Pasangan: Harapan Dan Prinsip Hidup
Warna kehidupan kelak ditentukan dengan visi dan misi suatu keluarga. Terutama si suami kerana dia adalah qowwam dalam suatu keluarga. Sebagai pemimpin dia laksana nakhoda sebuah bahtera.

Kerana itu setiap calon pasangan harus mengetahui harapan dan prinsip hidup masing – masing. Pertanyaan tidak harus diiringi dengan kata – kata sedemikian rupa seperti, “Jika awak menjadi isteri saya nanti, harapan saya semoga kita semakin dekat kepada Allah“, atau, “Jika awak menjadi isteri saya nanti, mari bersama mewujudkan keluarga sakinah, rahmah dan mawaddah.“

Kita boleh menggunakan bahasa yang lebih verbal, seperti, “Apa yang kamu rancang bila sudah berkahwin nanti“. Bahasa ini lebih sopan dan tidak menunjukkan harapan terlebih dahulu. Segalanya masih banyak kemungkinan.

3. Mengenali Calon Pasangan: Kesukaan Dan Perkara Yang Tidak Disukai
Dari awal sebaiknya dijelaskan apa yang disukai, atau apa yang kurang disukai. Sehingga nanti pada saat telah menjalani kehidupan berumahtangga dapat saling memahami, kerana telah dijelaskan dari awalnya.

Dalam pelayaran bahtera rumah tangga perlu saling mengerti. Contoh paling mudah, isteri yang suka masakan pedas, sesekali masakannya janganlah terlalu pedas, kerana suaminya kurang suka.

Suami yang memang tidak suka berkemas kerana lama menjadi bujang, setelah berkahwin mungkin boleh belajar lebih kemas. Semua ini menjadi mudah dilakukan kerana telah dijelaskan dalam taaruf.

Namun harus diingat bahawa perkahwinan itu bukan untuk merubah pasangan. Namun ia juga bukan untuk terus bersikap seolah – olah belum berkahwin.

Perubahan sikap dan keperibadian dalam tahap tertentu adalah sangat wajar. Juga hendaknya perubahan yang terjadi adalah natural, dan tidak saling memaksa.

4. Mengenali Calon Pasangan: Ketakwaan Calon Pasangan
Apa yang terpenting semasa taaruf?

Yang semestinya menduduki keutamaan tertinggi adalah bagaimana nilai ketakwaan lelaki / wanita tersebut.

Ketakwaan disini adalah ketaatan kepada Allah. Kerana apabila seorang lelaki itu senang, dia akan menghormati isterinya, dan jika dia tidak menyenanginya, dia tidak akan berbuat zalim kepadanya.

Tetapi bagaimana caranya menilai lelaki itu bertakwa atau tidak?

Tanyakan kepada orang-orang yang dekat dengan dirinya, misalnya sahabat, saudara atau sahabatnya tentang ketaatannya menjalankan ketentuan yang telah menjadi rukun Iman dan Islam dengan jujur.

Contoh ketaatan misalnya tentang solat 5 waktu, puasa Ramadhan, atau pula bagaimana sikapnya kepada jiran tetangga atau orang yang lebih tua, dan lain – lain.

Apatah lagi bila lelaki itu juga rajin melakukan ibadah sunat, nampaknya tidak perlu ditawar-tawar lagi untuk dipilih menjadi pasangan hidup.




27 September 2013

Cintai Aku

Sayang abang Farahnaz....
Abang mencintai sayang,
dari segala kelebihan sayang dan dari segala kekurangan sayang
Semoga Hidup kita bersama Redha Allah
 Bersama bersyukur dengan kelebihan
Meperbaiki setiap kekurangan...

04 September 2013

kesungguhanmu

Kupunya sayang Kupunya kasih Kupunya rindu Untukmu
Tapi….. Ku diberi kelukaan Ku diberi kesedihan Ku diberi kesepian
Tak mampuku bertahan......
Perlukah peluang kedua??? Mampukah mengubah segalanya??? Buktikan???

Kesungguhanmu

14 June 2013

MAI BACA UNTUK EXTRA INFO : HURUF PENDAFTARAN KENDERAAN MENGIKUT NEGERI



A = Negeri Perak
B = Selangor
C = Pahang
D = Kelantan
E = Sabah-Sebelum tahun 1980-an
EJ: Jesselton (Sekarang Kota Kinabalu sejak 1968)
ES: Sandakan
ET: Tawau
ED: Lahad Datu
EU: Keningau
EK: Kudat
EL: Labuan
F = -tiada-
G = -G1M–GAGASAN 1 MALAYSIA
H = Teksi
I = -tiada-
J = Johor
K = Kedah
KV = Langkawi
L = Labuan
M = Melaka
N = Negeri Sembilan
O = -tiada-
P = Pulau Pinang
Q = Sarawak
QA dan QK: Kuching
QB: Sri Aman
QC: Samarahan
QL: Limbang
QM: Miri
QP: Kapit
QR: Sarikei
QS: Sibu
QT: Bintulu
R = Perlis
S = Sabah, dulu E
SA: Kota Kinabalu
SB: Beaufort
SD: Lahad Datu
SK: Kudat
SS: Sandakan
ST: Tawau
SU: Keningau
T = Terengganu
U = -tiada-
V = -tiada-
W = Kuala Lumpur
X = -tiada-
Y = -tiada-
Z = Tentera
Z: Pemerintah Tertinggi Tentera Malaysia
ZA ke ZD: Tentera
ZL: Tentera Laut Malaysia
ZU: Tentera Udara Malaysia
ZZ: Kegunaan staf Kementerian Pertahanan Malaysia
JMF: Askar Timbalan Setia Negeri Johor