12 October 2012

Model Personal dari perspektif aku






Walaupun saya memilih model Taba, tetapi saya juga merasakan model personal juga boleh membantu guru untuk membina rasa tanggungjawab, keyakinan dan sikap berdikari dalam diri pelajar tersebut. Ini kerana model ini lebih kepada emosi dan perasaan. Apabila emosi pelajar dapat dikawal dengan baik barulah pelajar dapat memperkembangkan diri dan mencapai penghargaan diri serta keharmonian kendiri. Ini kerana, setiap pelajar adalah  individu yang unik dan penuh dengan cabaran.  Sebagai guru perlulah membentuk personaliti pelajar yang berintegrasi, penuh keyakinan, berpengetahuan, berkemahiran dan cekap untuk melahirkan personaliti pelajar yang seimbang.
Saya juga berpendapat guru sememangnya perlu mewujudkan persekitaran yang penuh kasih sayang, keyakinan, empati dan sentiasa memahami pelajar. Ini adalah untuk memudahkan guru untuk berinteraksi dengan pelajar. Seterusnya pelajar lebih mudah untuk berkomunikasi dengan guru-guru berkaitan dengan diri mereka.