23 April 2013

Petua Untuk Isteri Sentiasa Cantik



1. Selepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah 1 kali, Ayatul Qursi 1 kali, dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum.

2. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga.
--------------------------------------------------------------------------
Makna Surah Al-Waqiah ayat 35-38:

(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,

56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),

(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,

(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.
Khabarkan kepada kaum ibu dan isteri-isteri semoga ada manfaatnya

Kenapa kau begitu






Aku merinduimu..

seperti siang merindui matahari….
Seperti malam merindui bulan..
Kau hadir bersama belaian angin…
Memberi satu rasa…
Kasih, sayang dan cinta…

Hari demi hari……
Keresahan mula menghiasi diri…
Haruskah aku resah oleh hilangnya dirimu..
Atau itu hanya akal nakalku cuma…..

Berilah jawapan…walau apa jua….
agar aku bisa tenang...
tanpa rasa ragu... 



07 April 2013

jauh darimu

kadang-kadang aku merasa bahagia...
kadang-kadang aku merasa sepi....

hati berdebar-debar tertanya-tanya...
kenapa.......
menguji.......
dikhianati.....

kelukaan hati tidak dapatku gambarkan..
kerana aku pernah dikhianati..
perasaan itu masih menghantui...

pabila kasihku mula ada untuknya
setelah aku lafaz kata sayang dan cinta
kau mula menjauhkan diri dariku...
permainan apakah yang kau cuba lakukan ini........

rasa menyesal mula bertamu dihati..
kerana membuka pintu hatiku untukmu...
ketahuilah...
sikapmu itu membuat aku gundah......
membuat aku jauh darimu........


06 April 2013

Pesan - Pesan Suami Istri

Copy paste from fb  Cinta dan Persahabatan dalam Islam

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan,jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.

9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.

10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

11. Amalkan Sholatkan berjemaah semasa di rumah,berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.

14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.

16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.

17. Apa sahaja masalah yang timbul,berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.

19. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.

Ustadz Cinta