PENGENALAN
Konsep pentaksiran,
pengujian dan penilaian adalah saling
berkaitan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ianya bertujuan untuk
meningkatkan tahap keberkesanan dan kualiti sesuatu proses pengajaran dan
pembelajaran.
Pengujian adalah proses
mengukur pencapaian pelajar yang dilakukan secara ujian bertulis atau lisan.
Ujian bertulis asalah set soalan yang piawai yang perlu dijawab bersama satu
prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan
seseorang individu atau pelajar.
Pengukuran adalah proses
mengukur pencapaian pelajar yang meliputi pelbagai kaedah seperti pemerhatian,
ujian bertulis dan ujian lisan. Pengukuran dapat dijelaskan melalui angka iaitu
skor yang diperolehi pelajar dalam sesuatu ujian.
Penilaian boleh
dianggap sebagai proses membuat pertimbangan atau keputusan dalam memberikan
nilai, mutu, kualiti atau harga bagi sesuatu benda atau perkara.
Penggubalan sesuatu
kertas ujian perlu mengikut spesifikasi ujian yang telah ditetapkan supaya
ujian yang dilaksanakan kepada pelajar mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan
yang tinggi. Oleh itu, sebelum pembinaan item ujian dibina. Seorang guru perlu
mengkaji sukatan pelajaran, menganalisis objektif pengajaran, menentukan jenis
soalan dan menentukan bilangan soalan.
Jadual Penentu Ujian
sangat penting kerana dapat menjadi panduan kepada guru dalam pembinaan item
ujian supaya item-item yang dibina merangkumi semua kandungan pengajaran yang
telah diajar.
Justeru itu, sebelum pembinaan
item ujian banyak faktor yang perlu diambil kira untuk memastikan item ujian
yang dibina berkualiti dan mencapai tahap piawaian yang telah ditetapkan.
JADUAL
PENENTU UJIAN
Jadual Penentu Ujian (JPU)
juga dikenali sebagai “Test Blue Print” atau “Test Specification”. JPU merupakan dokumen penting kepada guru
untuk mengajar dan menggubal soalan. Jadual ini merupakan panduan objektif kepada
guru sebelum menggubal soalan bagi menentukan kesahan yang tinggi.
Eleman-eleman yang
perlu ada dalam JPU ialah:
- Kandungan
ujian
- Bentuk
soalan
- Panjang
soalan
- Aras
soalan
- Peratus
soalan
- Bilangan
soalan atau jumlah soalan
- Aras
dan kemahiran atau kesukaran
Kepentingan JPU adalah:
a.
Mengelakkan
sesuatu ujian dibina secara sembarangan.
b.
Menjamin
kesahan sesuatu ujian.
c.
Menimbulkan
rasa kepentingan sesuatu topik dan aras-aras kemahiran.
d.
Menentukan
keseimbangan antara topik dengan aras-aras kemahiran yang diuji.
e.
Memberi
panduan untuk membuat format ujian.
f.
Memberi
panduan untuk membentuk soalan.
g.
Mengambil
kira bilangan masa yang diperuntukkan untuk sesuatu topik.
h.
Membolehkan
perbandingan dibuat antara satu ujian dengan ujian yang lain.
Langkah Am Penyediaan
Item Ujian
- Menyediakan
JPU
Supaya item-item ujian yang dibina itu
mewakili keseluruhan kandungan pelajaran mengikut domain dan peringkat objektif
pengajaran yang ditentukan sebelum pengajaran dimulakan.
- Menulis
item ujian
Ringkas dan mudah difahami, jawapan
berkaitan pengetahuan/kemahiran yang spesifik daripada tajuk pengajaran
tertentu, arahan jelas (huruf besar), unit dan ketepatan ukuran.
- Menyemak
item ujian
Arahan tepat, bahasa yang mudah
difahami, Soalan cukup dan seimbang, tidak mengandungi petanda jawapan.
- Menilai
item ujian
Arahan dan bahasa mudah difahami,
jelas dan maklumat yang cukup, Soalan cukup dan seimbang, Jawapan mengikut
kehendak dan masa cukup utk jawab..
- Membuat
kajian rintis terhadap keseluruhan item
Kesesuaian item-item kepada pelajar
yang setara dari segi keupayaan dengan pelajar sasaran.
Pembahagian Soalan Dalam Jadual
Penentu Ujian
Bhasah Abu Bakar
(2009), Sesuatu ujian yang dibina berdasarkan dengan perkadaran 25 peratus
soalan yang berkemahiran rendah, 40 peratus adalah soalan bekemahiran sederhana
dan 35 peratus adalah soalan beraras tinggi. Kemahiran rendah, sederhana dan
tinggi adalah relative mengikut perkembangan pelajar.
Pengetahuan –
Kefahaman 25%
Kefahaman –
Aplikasi 40%
Analisis –
Penilaian 35%
Oleh itu, jumlah soalan yang dibina
adalah berdasarkan dengan perkadaran di atas. Pengiraan yang terperinci boleh
dirujuk pada Jadual Penentu Ujian di muka surat sebelah.
JADUAL
PENENTU UJIAN
MATA PELAJARAN PERDAGANGAN
TINGKATAN 4
Peperiksaan : Ujian Pertengahan Tahun
2012
Jenis Ujian : Objektif
Bil
|
TAJUK
|
ARAS TAKSONOMI BLOOM
|
JUMLAH ITEM
|
WAJARAN %
|
|||||
PENGETAHUAN
|
KEFAHAMAN
|
APLIKASI
|
ANALISIS
|
SINTESIS
|
PENILAIAN
|
||||
1.0
|
ASAS KEPADA PERDAGANGAN
|
S7, S25
|
S8, S22, S34
|
S13,S23, S37
|
S24, S25
|
S26
|
S21, 38
|
13
|
32.50
|
2.0
|
UNSUR PERDAGANGAN
|
S9
|
S17
|
S14
|
3
|
7.50
|
|||
3.0
|
PERNIAGAAN DALAM NEGERI
|
S19
|
S10,S11, S18, S31, S32, S35, S40
|
S16,S27, S33, S39
|
S20
|
S29, S30
|
S12
|
16
|
40.00
|
4.0
|
PERNIAGAAN ANTARABANGSA
|
S1
|
S2, S28
|
S3
|
S4, S15
|
S5
|
S6
|
8
|
20.00
|
JUMLAH ITEM
|
5
|
13
|
8
|
5
|
5
|
4
|
40
|
||
WAJARAN %
|
12.5
|
32.5
|
20
|
11.7
|
11.7
|
11.7
|
100.00
|
DOMAIN KOGNITIF
TAKSONOMI BLOOM
Dalam pembinaan item
objektif dan subjektif yang akan dibina adalah berasaskan kepada 6 aras dalam Taksonomi
Bloom iaitu pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.
Domain Taksonomi Bloom menitik beratkan aspek kognitif atau pengetahuan. Taksonomi
ini bercorak hierarki iaitu dari tahap rendah kepada tahap tinggi dan eleman-eleman tersebut dibahagi kepada 2
bahagian iaitu aras rendah dan aras tinggi.
Enam Peringkat dalam
Domain Taksonomi Bloom adalah:
- Pengetahuan
- daya ingatan
§ Keupayaan mengingat fakta, idea,
pendapat, prinsip, prosedur dan peristiwa yang berlaku.
§ Ciri-ciri soalan berasaskan
pengetahuan ialah:
Ø Mengingat pengetahuan sama seperti pengajaran guru.
Ø Tidak perlu mengubah pengetahuan dalam
bentuk baru.
Ø Jawapan dapat ditentukan betul atau
salah.
Ø Menggunakan perkataan seperti siapa,
apa, di mana, bila, beri definisi, takrifkan, huraikan, labelkan, padankan,
namakan, nyatakan
- Kefahaman
§ Keupayaan pelajar menjelaskan
pengetahuan secara yang bermakna dalam bentuk tulisan, lisan atau simbol
tertentu
§ Menterjemah – Terjemah tanpa mengubah
makna asal
§ Menafsir - Tafsir idea dalam bentuk
tersurat atau tersirat
§ Mengekstrapolasi - buat telahan atau
inferens mengenai peristiwa pada masa hadapan berdasarkan maklumat yang diterima
§ Memerlukan bahan atau alat komunikasi
dan dinyatakan mengikut kefahaman
sendiri.
§ Menggunakan perkataan seperti
huraikan, bandingkan, nyatakan, bezakan, anggarkan, terangkan, berikan contoh,
tulis semula, rumuskan
- Aplikasi
§ Keupayaan menggunakan konsep, prinsip,
teori, hukum, prosedur dan kaedah am dalam situasi khusus dan situasi am
§ Sebut semula masalah lama perlu menentukan
prinsip, kesesuaian dan had untuk menyelesaikan
masalah baru dan berikan alasan.
§ Ciri-ciri soalan proses mental
aplikasi.
§ Berkaitan dengan masalah situasi baru
yang tidak sama dengan masalah yang
dibincang dalam bilik darjah.
§ Menggunakan perkataan seperti pilih,
buat, kirakan, tunjukkan, laksanakan, sediakan, kaitkan, selesaikan, gunakan
- Analisis
§ Keupayaan memecahkan sesuatu perkara
kepada unsur-unsur kecil dan memperlihatkan pertalian antara unsur-unsur
tersebut.
§ Analisis unsur, analisis hubungan,
analisis prinsip
§ Soalan memerlukan fikiran kritik,
bukan mengulang pengetahuan yang dipelajari.
§ Perkataan yang digunakan seperti
mengapa, kenapa, apakah faktor, buatkan rumusan, buktikan
- Sintesis
§ Keupayaan menggabungkan unsur-unsur
dan bahagian-bahagian supaya sesuatu dokumen itu menjadi lebih berstruktur,
tersusun menyeluruh.
§ Penyampaian, himpunan, cadangan.
§ Soalan bebas dijawab dari segi isi
atau masa.
§ Hasilnya dinilai oleh “pengguna”
§ Perkataan yang digunakan seperti
ramalkan, hasilkan, tuliskan, cadangkan apa akan
berlaku.
- Penilaian
§ Keupayaan menilai sesuatu perkara
berasaskan kriteria yang perlu diketahui pelajar.
§ Soalan situasi tentang perkara baru yang
diuji melalui proses mental peringkat
penilaian.
§ Perkataan yang digunakan sepertipertimbangkan,
taksirkan, tentukan, pertahankan.
PEMBINAAN
ITEM OBJEKTIF
Ujian pencapaian adalah
ujian yang penting kepada guru untuk mengetahui sejauh mana pelajar-pelajar
memahami proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Jika ujian dibina
dengan baik, guru boleh membandingkan pencapaian itu dengan pelajar-pelajar
lain. Ujian pencapaian yang dilaksanakan di sekolah selalunya dibina oleh
guru-guru mata pelajaran di sekolah tersebut. Bagaimanapun, ujian yang
disediakan oleh guru untuk pelajar-pelajarnya sendiri adalah lebih tepat untuk
mengukur pencapaian mereka kerana ujian tersebut hanya ditumpukan kepada
kandungan pelajaran yang diajar oleh guru.
Pembinaan item objektif
bermaksud item atau soalan yang mempunyai jawapan tepat atau tertentu atau spesifik,
seperti item betul-salah, aneka pilihan, padanan atau pelengkapan. Semua item
ini mempunyai jawapan tertentu, sama ada betul atau salah, jawapan daripada
beraneka pilihan yang betul, padanan yang betul atau perkataan pelengkap yang
betul.
PEMBINAAN
ITEM BERANEKA PILIHAN
Pembinaan item beraneka
pilihan terbahagi kepada tiga bahagian iaitu:
- Stimulus/Rangsangan

- Stem/Badan
Soalan

- Opsyen/Pilihan
Jawapan

§ Kunci - jawapan yang betul
§ Pengacau - bukan jawapan
Soalan jenis beraneka
pilihan ini dikatakan sukar dibina dan sukar juga dijawab oleh pelajar, tetapi
mudah diperiksa kerana boleh diperiksa oleh komputer dengan menggunakan borang
OMR.
Kebanyakkan pelajar
mendapati soalan beraneka pilihan sukar dijawab berbanding soalan jenis esei,
sebab mereka perlu mengetahui jawapan secara tepat untuk menjawab soalan.
Berikut adalah 9 prinsip untuk menyediakan soalan berbentuk beraneka pilihan.
- Arahan
hendaklah jelas
- Soalan dan
semua jawapan hendaklah ditulis secara padat, jelas
- Perkataan
sepunya tidak diulang-ulang
- Jawapan
pilihan secara yang menarik
- Taburan
jawapan betul perlu dibuat secara rawak
- Jawapan
pilihan perlu ditulis sama panjang,
- Kurangkan
Jawapan berbentuk “Semua di atas” atau “Tiada satu pun di atas”
- Aras
kesukaran setiap soalan perlu setara
- Jawapan
pilihan boleh disusun mengikut abjad, nilai nombor atau tahun
PEMBINAAN
ITEM OBJEKTIF PELBAGAI PILIHAN
Dalam pembinaan item,
saya menfokuskan kepada Bab 3 Perniagaan Antarabangsa. Berikut adalah contoh-contoh
pembinaan item mengikut aras Taksonomi Bloom.
SOALAN
OBJEKTIF BERANEKA PILIHAN
Soalan
Aras Pengetahuan
![]() |
- Apakah
dokumen tersebut?
A Bil udara
B Surat cagaran
C Bil perintah bayaran
D Borang pengakuan kastam
Kategori
soalan: Aras 1 dalam
Taksonomi Bloom iaitu pengetahuan.
Tujuan: Mengingat semula semua perkra-perkara
yang telah dipelajari. Pada aras ini, pelajar akan diuji semula dengan
fakta-fakta yang spesifik sehingga teori-teori yang sukar yang telah
dipelajari.
Ciri-ciri
Soalan
Soalan yang dibina pada
aras pengetahuan menekankan proses mengingat kembali fakta, istilah, strategi
dalam menyelesaikan masalah atau peraturan.
Ulasan
Soalan satu ini, dibina
menggunakan proses mental pada tahap yang paling rendah iaitu aras pengetahuan. Soalan yang dibina
hanya memproses idea-idea dan pengetahuan secara terus kerana stimulus yang
dinyatakan dalam soalan adalah maklumat yang serupa dengan pengajaran guru dan
dalam buku teks.
Cara penyoalan juga
mudah kerana menggunakan perkataan “apakah” menguji kebolehan pelajar untuk
mengingat kembali fakta yang telah dipelajari dan mencari maklumat dalam
petikan (stimulus) tentang dokumen perniagaan antarabangsa tersebut.
Berdasarkan fakta tersebut pelajar akan cuba mengingat dan mengenalpasti fakta
dan teori sebelum memilih jawapan. Soalan aras pengetahuan tidak memerlukan
pelajar mengatur isi fakta dalam bentuk yang baru kerana soalannya adalah
secara jelas dan tersurat .
Oleh itu, berdasarkan
soalan aras pengetahuan ini, guru dapat menilai sejauh mana keupayaan pelajar
untuk menyimpan maklumat dalam stor ingatan jangka panjang mereka serta dapat
menguji keberkesanan fakta dan teori yang disampaikan oleh guru dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
Soalan
Aras Kefahaman

- Kempen
di atas adalah untuk ____________.
A Menambahkan import
B Mengurangkan import
C Meningkatkan eksport
D Meminimakan eksport
Kategori
soalan: Aras 2 dalam Taksonomi Bloom iaitu kefahaman.
Tujuan:
Memahami sesuatu bahan, menjelaskan atau memberi
makna kepada sesuatu
perkara, dan menjangkakan kemungkinan.
Ciri-ciri
Soalan
Soalan yang dibina pada
aras kefahaman memerlukan pelajar memahami tentang sesuatu perkara. Melibatkan
kebolehan pelajar menerangan prinsip atau teori dengan perkataan lain dan
menggunakan contoh yang sesuai.
Ulasan
Soalan ini dibina
dengan menggunakan proses menaakul pada aras rendah. Dalam konteks soalan di
atas menguji kebolehan pelajar untuk memahami maksud simbol dan kemampuan untuk
memberi maklumat dengan menggunakan perkataan sendiri tanpa menghilangkan
maksud asal simbol (stimulus) yang dinyatakan. Berdasarkan simbol di atas
pelajar perlu membuat pengecaman idea dan menterjemahkan simbol melalui
kefahaman sendirri dalam bentuk ayat.
Pelajar pada tahap ini
memerlukan daya ingatan yang tinggi bagi menghubungkaitkan fakta dengan
maklumat dan simbol (stimulus) yang telah diberikan. Pelajar akan cuba
menyelesaikan masalah dengan memikirkan perkara-perkara tersirat dalam petikan
untuk menjawab soalan. Stem yang dinyatakan dalam soalan adalah berbentuk
secara terus dan mudah difahami oleh pelajar. Berdasarkan soalan aras pemahaman
ini, guru dapat mengenal pasti sama ada
pelajar dapat memahami konsep atau tidak secara tersurat dan tersirat dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.
Soalan
Aras Aplikasi
- Maklumat
berikut berkaitan dengan perniagaan Encik Khairul.
![]() |
Saluran
eksport yang manakah sesuai digunakan oleh Encik Khairul?
I Ejen eksport
II Kedai sejaras
III Pejabat cawangan
IV Pameran perniagaan
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV
Kategori
soalan: Aras 3 dalam
Taksonomi Bloom iaitu aplikasi.
Tujuan:
Menggunakan
pengetahuan mujarad (abstrak) untuk menyelesaikan situasi maujud (konkrit). Teori, prinsip, kaedah, peraturan
dan undang yang dipelajari perlu diingat bagi mengatasi situasi atau masalah.
Ciri-ciri
Soalan
Menggunakan maklumat
dalam situasi yang baru, termasuk menyelesaikan masalah menggunakan prinsip,
kaedah, hukum, teori, formula. Membina graf daripada data. Menggunakan
pengetahuan mujarat (abstrak). Menyelesaikan masalah atau situasi maujud
(konkrit).
Ulasan
Soalan ketiga ini, melibatkan
tiga kebolehan iaitu mengingat semula pengalaman, kemahiran dan pengetahuan
yang diperolehi. Keduanya, pelajar perlu memahami petikan situasi (stimulus)
untuk menghubung kaitkan dengan teori, fakta dan prinsip yang telah dipelajari.
Pada peringkat ini, pelajar akan menggunakan pengalaman sedia ada untuk
memahami teks yang dibaca dan seterusnya mengaplikasikan sesuatu yang
diperolehi daripada bahan yang dibaca
dalam konteks baru .
Oleh itu, soalan ini memerlukan
pelajar benar-benar memahami konsep, teori, prinsip dan hukum untuk
menyelesaikan masalah. Soalan aras aplikasi ini biasanya memerlukan penggunaan
proses aplikasi mental.
Soalan
Aras Analisis

- Andaikan
rajah di atas adalah berkaitan dengan perniagaan antarabangsa Malaysia.
Antara berikut, pernyataan manakah benar tentang ruang bertanda X dan Y.
X
|
Y
|
|
A
|
Pelajar luar negara belajar di negara
kita.
|
Rakyat Malaysia membeli kereta buatan
negara asing.
|
B
|
Pelancong tempatan
melancong ke luar negara.
|
Malaysia menjual
kereta sendiri kepada rakyat negara asing.
|
C
|
Malaysia membeli
jentera dari negara Jepun
|
Jepun membeli minyak
sawit Malaysia.
|
D
|
Pelancong tempatan
melawat luar negara.
|
Pelancong luar negara
melawat negara kita.
|
Kategori
soalan: Aras 4 dalam
Taksonomi Bloom iaitu analisis.
Tujuan: Menaakul, mencari sebab dan
musabab. Meleraikan suatu tajuk
kepada beberapa
bahagian.
Ciri-ciri
Soalan
Mengenalpasti pertalian
idea, mencari persamaan dan perbezaan yang wujud di antaranya. Membezakan
antara fakta, pendapat, andaian atau rumusan yang dibuat. Menguji pelajar
memecahkan dan menghubungkaitkan sesuatu perkara.
Ulasan
Soalan keempat ini
memerlukan pelajar mengenalpasti bahagian-bahagian perniagaan antarabangsa dan
komponen-kompenannya. Seterusnya, pelajar perlu menghubungkaitkan
komponen-komponen perniagaan antarabangsa (ekport dan import) dengan situasi di
X dan Y.
Pelajar juga perlu
mengetahui maksud eksport dan import sebelum menghubungkaitkan dengan situasi
tersebut. Soalan ini memerlukan pelajar membuat pertimbangan dengan situasi
yang diberikan untuk memilih jawapan dan bukannya distraktor.
Soalan ini menguji
pelajar sama ada pelajar dapat menganalisis dan membezakan maklumat yang
dinyatakan berdasarkan fakta dan kefahaman yang telah diketahui pelajar. Soalan
aras analisis ini juga dapat melihat bagaimana pelajar dapat menghubungkaitkan
dan mencerakin maklumat yang diperolehinya.
Soalan
Aras Sintesis
- Antara
berikut, yang manakah menunjukkan susunan prosedur yang perlu dituruti
oleh pengeksport setelah menerima
inden?
I
Menempah ruang kapal
II Memuatkan barang dalam kapal
III Menuntut bayaran daripada pengimport
IV Menyediakan pelbagai dokumen yang berkenaan
A I, II, III, IV C II, III, IV, I
B I, IV, II, III D III, IV, II,I
Kategori
soalan: Aras 5 dalam
Taksonomi Bloom iaitu sintesis.
Tujuan
: Membentuk supaya menjadi struktur yang baharu.
Ciri-ciri
Soalan
Memerlukan pelajar
mencantum beberapa eleman kecil menjadi satu eleman besar yang menjadi kesatuan atau hubungan yang logik.
Ulasan
Soalan pada aras
sintesis ini, memerlukan mencantumkan bahagian-bahagian supaya menjadi satu
keseluruhan seperti melibatkan, mengatur dan menggabungkan bahagian-bahagian
supaya menjadi struktur yang baru. Hasil gabungan itu akan menjadi satu
komunikasi yang unik, cadangan operasi atau satu set perhubungan mujarad teori.
Berdasarkan soalan di
atas, pelajar perlu menyusun susunan prosedur yang yang perlu dituruti oleh pengeksport setelah
menerima inden. Soalan ini memerlukan
keupayaan pelajar untuk menggabungkan sesuatu struktur yang lebih jelas dan
seterusnya pelajar mengapliksikan apa yang telah dipelajari sebelum itu bagi
memperolehi hasil yang baru. Melalui soalan ini pelajar perlu mensintesiskan
sesuatu fakta bagi memperolehi maklumat baru.
Soalan
Aras Penilaian
- Perbezaan
yang manakah benar antara bil muatan dengan bil udara.
Bil Muatan
|
Bil Udara
|
|
I
|
Digunakan apabila
barang dihantar dengan kapal
|
Digunakan apabila barang
dihantar dengan kapal terbang
|
II
|
Merupakan dokumen hak
milik
|
Bukan dokumen hak
milik
|
III
|
Tidak boleh
dicagarkan kepada bank untuk mendapat pinjaman
|
Boleh dicagarkan
kepada bank untuk mendapat pinjaman
|
IV
|
Tidak boleh digunakan
untuk menuntut barang yang diimport
|
Boleh digunakan untuk
menuntut barang yang diimport
|
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV
Kategori
soalan: Aras 6 dalam
Taksonomi Bloom iaitu penilaian.
Tujuan
: Membuat penilaian dan pertimbangan berdasarkan kriteria
tertentu. Melibatkan penghakiman terhadap satu
alat dan kaedah yang digunakan untuk mencapai sesuatu tujuan.
Ciri-ciri
Soalan
Memerlukan pelajar membuat
pertimbangan, menilai, mengesahkan, mengkritik dan memberi pendapat terhadap
sesuatu pernyataan untuk mencapai atau mendapatkan sesuatu kesimpulan.
Ulasan
Pada peringkat ini,
pelajar perlu mempunyai pemahaman yang tinggi dan sepatutnya pelajar boleh meneliti
secara tepat serta menentukan yang mana satu maklumat yang diberikan itu benar
atau salah. Soalan ini juga menguji keupayaan pelajar menilai dan membezakan sesuatu
perkara berasaskan kriteria yang perlu diketahui. Pelajar juga harus
berkeupayaan menilai kewajaran atau ketepatan sesuatu fakta atau hujah supaya
dapat membuat kesimpulan yang matang.
PEMBINAAN
ITEM SUBJEKTIF
Pembinaan item
subjektif adalah sangat sesuai untuk mengukur tahap kognitif murid pada
peringkat yang lebih tinggi, seperti mengukur penguasaan pelajar dalam
menganalisis, mensintesis, membuat pertimbangan, menilai dan membuat keputusan
yang memerlukan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.
Prinsip Am Penyediaan Item Subjektif
- Penulis
semak sukatan pelajaran dan objektif pengajaran, supaya soalan yang
dihasilkan menepati sukatan pelajaran dan objektif pengajaran tersebut.
- Arahan
hendaklah jelas tentang panjang jawapan dan sama ada pelajar perlu
menjawab dalam kertas soalan (mengisi ruang kosong) atau dalam kertas
jawapan.
- Soalan
hendaklah ditulis secara padat dan jelas.
- Aras
kesukaran setiap soalan perlu setara.
- Soalan perlu
ditulis supaya pelajar dapat membayangkan kerangka struktur yang memandu
pelajar menjawab.
- Tentukan
permarkahan untuk memudahkan penyediaan skema jawapan.
- Lebihkan
soalan berjawapan pendek (1/2 muka surat) daripada soalan berjawapan
panjang (2-3 muka surat), supaya lebih banyak soalan boleh diberikan.
PEMBINAAN
ITEM ESEI
Soalan
Esei
Syarikat Songket Cantik
Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat yang mengeluarkan kain songket dan barang siap
yang berkaitan songket. Hasil keluarannya dipasarkan ke Thailand dan Jepun.
Encik Yasar selaku pengarah syarikat bercadang meneroka pasaran baru di
Australia. Setelah membuat penyelidikan pasaran, beliau mendapati keluaran
songket yang diminati di Australia adalah:
Jenis
|
Peratus
|
Baju wanita
|
10%
|
Kain
songket
|
22%
|
Baju kemeja
|
18%
|
Topi Hiasan
|
14%
|
Tali Leher
|
13%
|
Beg
|
13%
|
Alas Meja
|
10%
|
Dalam mesyuarat Lembaga
Pengarah Syarikat, ramai ahli lembaga pengarah kurang yakin dengan keupayaan
syarikat untuk memasarkan keluaran songket mereka ke Australia. Mereka
menyatakan terlalu sukar untuk mengutip bayaran dan prosedur eksport yang ketat
menimbulkan masalah. Namun Encik Yasar mengatakan bahwa industri songket tidak
akan berkembang jika pasaran baru tidak diterokai. Berdasarkan pasaran yang ada,
beliau yakin pasaran batik di Australia amat berpotensi.
- Tentukan
halangan yang bakal dihadapi oleh syarikat apabila mengeksport songket ke
Australia. (10 markah)
- Pada
pendapat anda, produk songket manakah yang berpotensi untuk terus mendapat
sambutan di Australia dalam jangka masa panjang? Beri alasan anda. (5
markah)
Jawapan:
a) -
Prosedur kastam dan pelbagai sekatan perniagaan
- Penggunaan mata wang yang berlainan
- Penggunaan bahasa yang berlainan
- Risiko yang tinggi
- Cara pembayaran yang berbeza
b) Kain songket/corak yang cantik/sesuai
dipakai oleh sesiapa sahaja dalam semua musim. Terdapat pelbagai pilihan kerana
….
-
Pasaran yang lebih luas
- Pengeluaran berskala besar
- Pertukaran pengetahuan dan teknologi
- Lebih banyak sumber bekalan diperolehi
- Menjimatkan kos dan meningkatkan
kualiti
Kategori
soalan: Aras 6 dalam
Taksonomi Bloom iaitu penilaian.
Tujuan
: Membuat penilaian dan pertimbangan berdasarkan
kriteria tertentu.
Melibatkan penghakiman
terhadap satu alat dan kaedah yang digunakan untuk mencapai sesuatu tujuan.
Ciri-ciri
Soalan
Memerlukan pelajar membuat
pertimbangan, menilai, mengesahkan, mengkritik dan memberi pendapat terhadap
sesuatu pernyataan untuk mencapai atau mendapatkan sesuatu kesimpulan.
Ulasan
Soalan ini adalah
berdasarkan kajian kes, yang memerlukan pemahaman yang tinggi ketika
membaca. Pelajar perlu membaca, mengkaji
dan memahami kajian kes ini dengan
teliti. Pelajar perlu membuat pertimbangan secara tepat serta tahu membezakan
antara benar atau salah. Pandangan yang logik perlu diketengahkan untuk
menilai, membanding dan menjustifikasi. Soalan ini melibat pemikiran yang
kritis dan kreatif.
Contohnya, soalan b,
menyuruh pelajar untuk memilih jenis songket mana yang berpotensi untuk terus
mendapat sambutan di Australia dalam jangka masa panjang. Disini pelajar perlu
menggunakan minda logik untuk memberi pandangan dalam menjawab soalan tersebut.
Soalan ini memerlukan pelajar memberikan respon terbuka yang memerlukan pelajar
menghubung kaitkan anatara satu idea dengan idea yang lain daam satu bentuk
yang teratur, mudah dibaca dan difahami. Manakala soalan a, walaupun soalan
masih di aras penilaian tetapi soalan itu memerlukan pelajar member respon
tertutup kerana pelajar perlu menjawab soalan-soalan itu dari segi kandungan
dan juga bentuk yang dikehendaki.
Secara keseluruhannya,
pelajar perlu membuat penelitian dan pertimbangan maklumat dan idea yang diguna
pakai sama ada menepati kriteria dan piawaian soalan. Pelajar juga harus
berkeupayaan menilai kewajaran atau ketepatan sesuatu fakta atau hujah supaya
dapat membuat kesimpulan yang matang.
RUMUSAN
Pengujian, pengukuran
dan penilaian adalah antara beberapa konsep penting dalam dunia pendidikan
kerana bertujuan untuk meningkatkan tahap keberkesanan dan kualiti sesuatu proses
pengajaran dan pembelajaran. Konsep ini mengambil kira pelbagai faktor supaya
dapat membantu guru dalam membuat keputusan yang tepat bukan sahaja dari segi
ujian bertulis tetapi juga boleh mengukur tingkah laku dan perubahan seseorang
pelajar supaya dapat melahirkan pelajar yang berkualiti dari segi akademik dan
sahsiah.
Dalam
pembinaan item langkah utama yang paling penting adalah jadual penentu ujian
atau JPU. JPU sangat penting supaya guru dapat membina soalan ujian berdasarkan
tajuk yang telah diajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu,
tujuan JPU dibina adalah supaya guru dapat mentadbir aras soalan supaya soalan
yang dibina benar-benar berkualiti dan dapat mengukur pencapaian pelajar dengan
tepat. Berdasarkan pencapaian pelajar tersebut, guru boleh mengenalpasti
tajuk-tajuk yang masih belum dikuasai oleh pelajar dan seterusnya guru dapat
memberi penekanan terhadap tajuk tersebut.
Guru
juga perlu mempunyai kemahiran dan mengetahui domain kognitif Taksonomi Bloom
untuk membantu guru membina soalan yang berkualiti dan bermutu. Pembinaan
soalan atau item berdasarkan aras yang terdapat dalam Taksonomi Bloom dapat
memudahkan guru dalam membina dan menganalisis soalan dari aras rendah ke aras
tinggi. Ini kerana, kebanyakan soalan objektif menggunakan aras pengetahuan,
kefahaman dan aplikasi manakala soalan esei lebih kepada aras tinggi seperti analisis,
sintesis dan penilaian.
Oleh
itu, sebagai seorang guru perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam
pembinaan item supaya guru dapat membina item yang berkuali dan mengikut
standard piawaian yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
RUJUKAN
Ahmad Mohd
Salleh.(2011). Kurikulum, Metadologi dan
Pedagogi Pengajian Islam. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Bhasah Abu Bakar.
(2009). Asas Pengukuran Bilik Darjah.
Tanjung Malim: Quantum Books.
Kamarudin Husin dan
Siti Hajar Abdul Aziz. (2004). Pedagogi Asas Pendidikan. Selangor: Kayazano
Enterprise.
Loo Chee Kuang. (2012).
Fokus Sukses Perdagangan. Selangor:
Penerbitan Pelangi.
Azhanhamin. (2012). Pengukuran dan penilaian dalam pendidikan.
http://www.slideshare.net/azanhamin/hbef3203-pengukurandan
penilaiandalampendidikan (Akses 20 Oktober 2012)
Assalamualaikum wbt...mohon share maklumat ini ye...terima kasih.
ReplyDelete