16 February 2013

Petua Untuk Perawan




Dalam masyarakat tradisi Melayu, terdapat banyak petua-petua untuk perawan (anak dara) yang elok dilakukan agar sentiasa dipandang menarik, menawan dan cepat dipinang orang. Ini juga merupakan petua-petua yang boleh diamalkan terus oleh wanita yang telah berkahwin dan telah mempunyai anak.

Petua-petua berikut adalah koleksi dari berbagai pengalaman dan tulisan.

1. Bangkit Bersambut
Apabila mahu tidur malam, duduk berlunjur dan rebahkan badan ketilam tanpa menongkatkan badan dengan
tangan. Apabila mahu bangkit dan tidur, lunjurkan kaki dan bangunlah tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Cecah ibu jari kaki dengan kedua tangan.

2. Wajah Suci
Apabila bangun pagi, jika membasuh muka, elakkan dari mencucinya menggunakan sebarang alat pencuci atau mengesat muka dengan sebarang pengesat. Biarkan air itu kering sendiri pada muka. Jika mengambil air sembahyang pun, usahlah dikesat air itu, biarkan ia kering sendiri. Ini berfaedah mengekalkan kecantikan asli wanita, dan rnenjadikan muka bercahaya dan segar kerana pelembap asli muka tidak dibuang.

3. Menyegarkan Payudara
Apabila mandi, terutamanya di awal pagi, cucurkan air pancuran atau air paip ke atas kedua-dua belah payudara agar payudara sentiasa subur dan segar, tidak mudah jatuh.

4. Taman Semerbak Mewangi
Amalkan makan makanan yang segar seperti ulam-ulam yang wangi baunya dan sayur-sayuran yang wangi sejak dari perawan. Amalkan sentiasa. Nafas dan badan juga akan menjadi wangi. Petua ini telah diketahui sejak beribu tahun yang lampau.

5. Lubang Jarum
Latih otot penahan kencing, seolah-olah seperti menahan dan hendak buang air kecil, kemutkan berulang-ulang. Kemudian kemutkan pula otot dubur seolah-olah mahu menahan dari buang air besar, berulang-ulang juga. Jika boleh jadikan ia amalan setiap hari.

6. Suara Perindu
Elakkan dari banyak memakan makanan yang pedas-pedas atau yang agak panas. SeIalu minum air asam
jawa.Berlatih bercakap dengan mengawal nada suara, jangan dilepaskan suara sewenang-wenangnya. Dikatakan bahawa suara perawan adalah bagai bunyi seruling yang merdu.

7. Mengurut Pangkal Bunting Padi
Biasakan mengurut di pangkal betis, iaitu dengan cara menekan dan memicit kawasan antara urat keting dan buah betis. Lakukan selalu, kerana ini baik untuk mempertingkatkan prestasi kepekaan rasa apabila jima' setelah berkahwin nanti.

8. Payudara Montok
Elakkan dari meniarap di atas lantai sama ada di waktu siang atau malam,kerana meniarap dilantai akan
mengendurkan payudara anda.

12 February 2013

Seribu Bintang - Alleycats



Seribu Bintang




Lirik 
Seribu Bintang 

Ingin kupergi jauh darimu
Agar kukenal erti rindu ini
Ingin aku menyelami jiwamu
Agar kukenal dirimu kasih

Korus
Ingin aku membenci dirimu
Tapi kebencian tiada padaku
Walau apa yang kau sangkakan
Aku tetap cinta padamu

Telah lama kuhidup melara
Telah kugagal dalam bercinta
Kini kau datang dengan seribu bintang
Bintang yang dulu sembunyi
Bintang yang tiada bererti

Kalau kau sudi menyentuhi hatiku
Aku kan selalu dekat padaku
Tapi jangan kau hanya cuba
Untuk mempermainkan cintaku

( ulang Korus )

Jangan permainkan cintaku

Kejujuran dan Keikhlasan


    


      jika diriku tidak kau perlukan lagi...
      berkatalah dengan sejujurnya....
      walaupun pahit kebenaran...
   
   itu adalah lebih baik 

daripada sejuta pembohongan.....

08 February 2013

Kenapa dan Mengapa??


Kau hadir tiba-tiba...
Saat aku mengunci hatiku..
Agar aku tidak lagi merasa sakit dilukai..

Tapi hadir kau....
Cuba mengetuk setangkai hati...
Yang masih ragu terhadap rasa itu..
Aku ragu dengan dirimu...

Lantaran itu...
kucuba mengujimu...
kerna aku tidak ingin dilukai...
Aku cuma ada sekeping hati...
Supaya aku dapat membawa diri...
Menjalani kehidupanku...

Aku juga insan biasa..
Bila kata kasih dan sayang diucapkan....
Yang terpesona dengan kata-kata indahmu..
Aku menjadi perindu dengan coretan kasihmu...

Tapi kini...
aku mulai gusar...
semakin lama ku rasa semakin jauh...
kadangkala aku tertanya-tanya...
Adakah benar kau mampu menerimaku...
Seadanya aku dimatamu..

Jika benar telahanku...
Nyatakanlah seikhlas hati...
Akan kuterima..
Walaupun terluka...
Aku sanggup menerima...
kerna aku masih mampu berdiri...
...tiada lagi kata-kata manis lagi menghiasi smsnya... 
ayat2 yang dikarang mula menunjukkan kejanggalan dan tanda tanya.....
adakah ini pengakhiran rasa ini............

01 February 2013

Sigma - istikharah Cinta


credit to :babyyuyung



Andai dia tercatat untukku...hadirkanlah dia dalam hidupku...bila kau menyepi..hatiku mula merasa satu kehilangan..adakah itu petandanya...yakinkah aku pada apa yang aku rasa ini.........