Dalam Islam tidak dikenali istillah
percintaan.
Namun Islam menyediakan sebuah proses
perkenalan menuju pernikahan iaitu mengenali calon pasangan hidup, melalui
proses yang sering disebut taaruf.
Taaruf biasanya didahulukan dengan nadhar,
iaitu melihat calon suami atau isteri yang akan dikenalkan.
Bila dalam proses melihat nadhar ini jika
ada ketertarikan maka akan dilanjutkan dengan perkenalan atau taaruf, iaitu
berbincang-bincang menyamakan persepsi dan menambahkan latar belakang tentang
calon pasangan.
Persoalannya, bolehkan cinta muncul dalam
taaruf yang begitu singkat ini?
Hanya memandang sudah mampu membuatkan
seseorang jatuh cinta? Apa yang harus diungkapkan kepada calon pasangan ketika
taaruf? Untuk mengenali calon pasangan hidup dengan lebih mendalam
1. Mengenali Calon Pasangan: Keadaan
Keluarga
“Pilihlah calon suami / isteri yang baik
demi keturunanmu, sebab pengaruh keturunan itu sangat kuat” (HR Abu Daud)
Jelaskanlah kepada calon pasangan tentang
anggota keluarga masing-masing. Misalnya tentang berapa jumlah saudara kandung
kita, anak ke berapa, bagaimana tahap pendidikan, pekerjaan dan lain-lain.
Perkara ini untuk melengkapkan informasi
mengenai calon pasangan kita. Dari informasi ini kita boleh mengetahui siapakan
calon – calon pasangan kita ini. Bagaimanakah latarbelakang keluarganya dan
perkara – perkara lain yang penting untuk kta tahu,
2. Mengenali Calon Pasangan: Harapan Dan
Prinsip Hidup
Warna kehidupan kelak ditentukan dengan
visi dan misi suatu keluarga. Terutama si suami kerana dia adalah qowwam dalam
suatu keluarga. Sebagai pemimpin dia laksana nakhoda sebuah bahtera.
Kerana itu setiap calon pasangan harus
mengetahui harapan dan prinsip hidup masing – masing. Pertanyaan tidak harus
diiringi dengan kata – kata sedemikian rupa seperti, “Jika awak menjadi isteri
saya nanti, harapan saya semoga kita semakin dekat kepada Allah“, atau, “Jika
awak menjadi isteri saya nanti, mari bersama mewujudkan keluarga sakinah,
rahmah dan mawaddah.“
Kita boleh menggunakan bahasa yang lebih
verbal, seperti, “Apa yang kamu rancang bila sudah berkahwin nanti“. Bahasa ini
lebih sopan dan tidak menunjukkan harapan terlebih dahulu. Segalanya masih
banyak kemungkinan.
3. Mengenali Calon Pasangan: Kesukaan Dan
Perkara Yang Tidak Disukai
Dari awal sebaiknya dijelaskan apa yang
disukai, atau apa yang kurang disukai. Sehingga nanti pada saat telah menjalani
kehidupan berumahtangga dapat saling memahami, kerana telah dijelaskan dari
awalnya.
Dalam pelayaran bahtera rumah tangga perlu
saling mengerti. Contoh paling mudah, isteri yang suka masakan pedas, sesekali
masakannya janganlah terlalu pedas, kerana suaminya kurang suka.
Suami yang memang tidak suka berkemas
kerana lama menjadi bujang, setelah berkahwin mungkin boleh belajar lebih
kemas. Semua ini menjadi mudah dilakukan kerana telah dijelaskan dalam taaruf.
Namun harus diingat bahawa perkahwinan itu
bukan untuk merubah pasangan. Namun ia juga bukan untuk terus bersikap seolah –
olah belum berkahwin.
Perubahan sikap dan keperibadian dalam
tahap tertentu adalah sangat wajar. Juga hendaknya perubahan yang terjadi
adalah natural, dan tidak saling memaksa.
4. Mengenali Calon Pasangan: Ketakwaan
Calon Pasangan
Apa yang terpenting semasa taaruf?
Yang semestinya menduduki keutamaan
tertinggi adalah bagaimana nilai ketakwaan lelaki / wanita tersebut.
Ketakwaan disini adalah ketaatan kepada
Allah. Kerana apabila seorang lelaki itu senang, dia akan menghormati
isterinya, dan jika dia tidak menyenanginya, dia tidak akan berbuat zalim
kepadanya.
Tetapi bagaimana caranya menilai lelaki itu
bertakwa atau tidak?
Tanyakan kepada orang-orang yang dekat
dengan dirinya, misalnya sahabat, saudara atau sahabatnya tentang ketaatannya
menjalankan ketentuan yang telah menjadi rukun Iman dan Islam dengan jujur.
Contoh ketaatan misalnya tentang solat 5
waktu, puasa Ramadhan, atau pula bagaimana sikapnya kepada jiran tetangga atau
orang yang lebih tua, dan lain – lain.
Apatah lagi bila lelaki itu juga rajin
melakukan ibadah sunat, nampaknya tidak perlu ditawar-tawar lagi untuk dipilih
menjadi pasangan hidup.
2016 ford focus titanium models: T-16 model - ITIAN CART
ReplyDeleteModel of T-16, titanium mens rings a Model 1, a T-16 model with a single engine engine. titanium daith jewelry the concept was titanium build based on the production of the T-16, a columbia titanium boots modified version ecm titanium of the
this link wolf dildo,cheap sex toys,bulk sex dolls,sex chair,horse dildo,cheap sex toys,dog dildo,vibrators,wholesale sex toys read what he said
ReplyDeletep251m3ckpys624 adult sex toys,horse dildo,anal dildo,sex chair,vibrating dildos,cheap sex toys,women sexy toys,sex toys,vibrators q073b2ydhdv621
ReplyDelete